Tarif

Tarif (serapan Perancis: tarif "harga tetap" turunan lanjut Latin tariffe dari Turki Uthmaniyah: تعرفه, rumi: taʿrife "senarai cukai dibayar" serapan Parsi: تعرفه, rumi: taʿrefe lanjut dari Arab: تعريف, rumi: taʿrīf "pemberitahuan, gambaran" sewarisan "takrif" terbitan kata kerja عَرَّفَʿarrafa "mengetahui, mengenal") atau takrifah (Arab: تَعرِيفَة, rumi: taʿrīfah) ialah sejenis cukai yang dikenakan ke atas barangan apabila mereka dibawa masuk merentasi suatu sempadan negara. Tarif biasanya dihubungkan dengan dasar fahaman perlindungan, suatu polisi ekonomi untuk mengawal perdagangan antara negara-negara. Atas alasan politik, tarif biasanya dikenakan ke atas barangan import, walaupun kadangkala ia turut boleh dikenakan ke aras barangan yang dieksport.