Leftenan Zana

Leftenan Zana
GenreDrama, ketenteraan
Ditulis olehSofia J. Rhyland
PengarahAzman "Jinggo" Hj. Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Mata" oleh Ayda Jebat
Lagu penutup"Mata" oleh Ayda Jebat
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod16
Penerbitan
Penerbit eksekutifUzair Haqimy
Luth Mikail
PenerbitSheila Rusly
PenyuntingKhairul Zaman Abu Bakar
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran42–43 minit
Syarikat penerbitan
JS Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal8 Februari 2019 – 15 Mac 2019
Kronologi
MengikutiAku Cinta Dia
Diikuti olehCinta Non Grata

Leftenan Zana ialah siri drama ketenteraan Malaysia 2019 arahan Azman "Jinggo" Yahya, dibintangi oleh Janna Nick sebagai Zana. Ia mengisahkan mengenai impian Zana yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Siri ini mula disiarkan dari 8 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019 di Slot Lestary TV3, menggantikan Aku Cinta Dia.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.