Janna Nick

Janna Nick
Janna semasa memenangi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016.
Kelahiran
Nurul Jannah binti Muner

(1995-06-01) 1 Jun 1995
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pusat pendidikanMaktab Rendah Sains MARA Pendang
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas
Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota
PekerjaanPelakon, pengacara, penyanyi, pengarah, penerbit
Tahun aktif2012–kini
EjenLOL Entertainment (2017-kini)
PasanganDini Schatzmann (k. 2023)
SaudaraMuhammad Firdaus Muner (abang)
Nurul Balqish Muner (adik)
Nur Iris Rose Sofea Muner (adik)
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanHikayat Records

Nurul Jannah Muner (lahir 1 Jun 1995) atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan seorang pelakon, pengacara, penyanyi, pengarah dan penerbit wanita Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan dengan memegang watak tambahan dalam telefilem Cinta Vlog (2012) dan mula dikenali secara meluas menerusi siri drama waktu perdana, Syurga Nur (2015), kemudian muncul dalam beberapa drama TV termasuk Kau Aku Kita (2015), Anakku Diva (2016), Suami Tanpa Cinta (2017), Biar Aku Jadi Penunggu (2017) dan Misteri Mona (2020). Janna membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem sulung lakonannya, Kimchi Untuk Awak (2017) memegang watak antagonis bernama Zara.

Beliau memulakan kerjaya muziknya dengan melancarkan single pertama yang bertajuk Mungkin Saja pada 23 Januari 2016 yang menjadi percubaan sulung beliau dalam bidang muzik. Janna telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjaya lakonannya termasuk Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 bagi Aktres Pilihan dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 bagi Artis Baharu Wanita Paling Popular. Pada Februari 2017, beliau menyertai LOL Entertainment bagi menguruskan kerjaya seninya.