Lee Kyu-han

Lee Kyu-han
Kelahiran (1980-08-04) 4 Ogos 1980
PendidikanKookmin University - Teater dan Filem (tercicir)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1998-kini
EjenFamily Actors Entertainment
Nama Korea
Hangul
이규한
Perumian SemakanI Gyu-han
McCune–ReischauerI Kyu-han

Lee Kyu-han (dilahirkan pada 4 Ogos 1980) ialah seorang pelakon Korea Selatan. Debut lakonannya adalah pada 1998, tetapi pertama kali menarik perhatian penonton pada 2005 sebagai bekas teman lelaki heroin dalam komedi romantik My Lovely Sam Soon, kemudian selanjutnya kepada watak sokongan yang lebih berprofil tinggi dalam Que Sera, Sera (2007), Smile, You (2009), and More Charming by the Day (2010). Sejak itu Lee memegang watak utama dalam drama-drama TV seperti The Wedding Scheme (2012), The Birth of a Family (2012), dan Only Love (2014). Kemunculan dalam rancangan realiti seperti musim kedua Real Men pada 2015 menyemarakkan lagi popularitinya. Dan dia dikenali dengan lebih lagi dengan wataknya sebagai Baek Seok dalam siri drama 2015-2016, I Have a Lover.