Lebuhraya Timur-Barat

Laluan Persekutuan Malaysia 4
Lebuhraya Barat–Timur
(Fasa pertama: Lebuhraya Jeli–Gerik; fasa kedua: Lebuhraya Kulim–Baling dan Lebuhraya Titi Karangan–Gerik)
Maklumat laluan
Sebahagian daripada AH140
Panjang215.5 km (133.9 mi)
Wujud1970–kini
SejarahFasa pertama siap pada 1982; fasa kedua siap pada 2005
Simpang utama
Hujung baratLunas, Kedah
Persimpangan utama Lebuhraya Butterworth–Kulim Lebuhraya Butterworth-Kulim
LP 76 Laluan Persekutuan Malaysia 76
LP 205 Laluan Persekutuan Malaysia 205
LP 66 Laluan Persekutuan Malaysia 66
Hujung timurJeli, Kelantan
Lokasi
Destinasi
utama
Kupang
Gerik
Tasik Temenggor
Tanah Merah
Kota Bharu
Pasir Puteh
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Lebuhraya Timur Barat (Laluan Persekutuan LP 4) menghubungkan Lunas, Kedah di dengan Pasir Puteh di Kelantan. Projek raksasa ini menelan belanja RM296 juta bagi memudahkan perhubungan darat antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Lebuh raya ini sepanjang 216 kilometer melibatkan 61 km di Perak dan baki jarak pula di Kelantan. Lebuh raya ini menjadikan perjalanan lebih pantas dan membantu pertumbuhan ekonomi, bukan sahaja di Perak malah di seluruh negara. Operasi membalak lebih mudah. Kawasan penempatan baru dibuka di sepanjang lebuh raya. Sebelum lebuh raya ini dibuka pada 1 Julai 1982, jarak perjalanan dari Alor Setar ke Kota Bharu adalah melebihi 1,000 km tetapi dengan adanya lebuh raya ini, jarak perjalanan telah dipendekkan sebanyak beberapa ratus kilometer.