Lebuhraya Butterworth–Kulim

Lebuhraya E15
Lebuhraya Butterworth-Kulim
Maklumat laluan
Diselenggara oleh PLUS Expressway Berhad dan Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn Bhd
Panjang17.0 km (10.6 mi)
Wujud1994–kini
SejarahSiap pada tahun 1996, dibuka pada 15 November 1996
Simpang utama
Hujung baratSeberang Jaya, Pulau Pinang
Persimpangan utama Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth LP 1 Jalan Lingkaran Luar Butterworth
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara
LP 136 Laluan Persekutuan 136
LP 3053 Jalan Kulim Hi-Tech
LP 67 Laluan Persekutuan 67
Hujung timurLunas, Kedah
Lokasi
Destinasi
utama
Butterworth, Seberang Jaya, Prai, Permatang Pauh, Kubang Semang, Lunas, Kulim, Baling
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Lebuhraya Butterworth-Kulim, BKE Lebuhraya Butterworth–Kulim adalah sebuah lebuh raya yang ada 2 tol, paling pendek dan penting di Malaysia bagi orang Kulim dan Lunas ke Butterworth dan Pulau Pinang. Ia menghubungkan antara Butterworth, Pulau Pinang di sebelah barat serta Kulim, Kedah di sebelah timur dan sempadan negeri Kedah Darul Aman. Ia merupakan laluan utama ke Lebuhraya Timur-Barat (Laluan Persekutuan LP 4 melalui Baling, Kedah dan Gerik, Perak dari Butterworth dan Pulau Pinang.

90 peratus lebuh raya ini adalah melalui kawasan negeri Pulau Pinang. Di sempadan Kedah adalah sambungan plaza tol Lunas dan jambatan sungai sahaja bagi menghubung ke bandar Kulim. Laluan alternatif LBK dari dan ke Kulim ini juga boleh melalui Jalan Mengkuang dan Jalan Ara Kuda. Terdapat 2 tol perlu dibayar sepanjang LBK ini.