Lebuhraya Duta–Ulu Klang

Lebuhraya E33
Lebuhraya Duta Ulu Klang
  • Inggeris: Duta–Ulu Klang Expressway
  • Cina: 大使路—淡江大道
  • Tamil: டூத்தா–உலு கிள்ளான் விரைவுச்சாலை
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd, atau KESTURI
Panjang18 km (11 mi)
Wujud2006–kini
Sejarahsiap sepenuhnya 2009
Simpang utama
Hujung baratPersimpangan Duta di Lebuhraya Utara Selatan
Persimpangan utama Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara Lebuh Raya Baru Lembah Klang
Lebuhraya Sprint Lebuhraya SPRINT
Hujung timurPersimpangan Hillview di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II)
Lokasi
Destinasi
utama
Jalan Duta, Segambut, Sentul, Setiawangsa, Ulu Klang
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Duke, akronim bagi Duta-Ulu Kelang Expressway Lebuhraya Duta–Ulu Klang (Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang), membentuk laluan pelengkap utama dalam Pelan Induk Jalan Raya Kuala Lumpur, menghubungkan Duta di barat ke Ampang di timur, dan ke Karak di utara. DUKE melengkapkan Jalan Lingkaran Perantara (Intermediate Ring Road) Kuala Lumpur, apabila menghubungkan Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara, SPRINT (di Penchala Link) Lebuhraya Sprint dan simpang Ulu Kelang di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II), bagi membolehkan pengguna kenderaan bergerak dari satu hujung ke satu hujung dalam tempoh 9 minit sahaja.

Selain menambahbaikkan perhubungan, DUKE juga menyuraikan lalu lintas dari bandar ke arah pelbagai kawasan subbandar melalui beberapa laluan masuk dan keluar di beberapa cabang persimpangan utama. Melalui DUKE, anda dapat bergerak dari satu bahagian di KL ke bahagian lain dalam waktu yang singkat, dengan memintas kawasan lalu lintas sesak, seperti lebuh raya Mahameru, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang. Anda tidak lagi berasa tertekan dengan deretan kereta yang bergerak secara perlahan-lahan di jalan raya dan membazirkan petrol anda begitu sahaja akibat terperangkap dalam kesesakan.