Lebuhraya Sprint
Lebuhraya E23 | |
|---|---|
| Lebuhraya SPRINT (Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL Barat) | |
| Maklumat laluan | |
| Diselenggara oleh Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (Sprint) | |
| Panjang | 26.5 km (16.5 mi) Hubungan Kerinchi: 11.5 km (7.1 bt) Hubungan Damansara: 9.5 km (5.9 bt) Hubungan Penchala: 5.5 km (3.4 bt) |
| Wujud | 1999–kini |
| Sejarah | Siap pada 2004 |
| Komponen lebuh raya | Hubungan Kerinchi (Kg. Kerinchi–Mont Kiara) Hubungan Penchala (Jalan Duta–Sungai Penchala) Hubungan Damansara (Semantan–Persimpangan Damansara) |
| Simpang utama | |
| Lebuhraya Baru Lembah Klang AH2 AH141 Lebuhraya Bertingkat Damansara–Shah Alam Lebuhraya Damansara–Puchong LP 2 Lebuhraya Persekutuan Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta) | |
| Lokasi | |
| Destinasi utama | Damansara Utama, Bandar Damansara, Petaling Jaya, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara, Pusat Sains Negara, Sri Hartamas, Bangsar, Kuala Lumpur, Kerinchi, Jalan Duta |
| Sistem lebuh raya | |
| Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri | |
E23 Sistem Penyuraian Trafik KL Barat atau lebih dikenali dengan akronimnya Lebuhraya Sprint ialah salah satu rangkaian lebuh raya utama di Lembah Klang, Malaysia. Lebuh raya sepanjang 26.5 km (16.5 batu) ini terbahagi kepada tiga bahagian atau pakej: Hubungan Kerinchi, Hubungan Damansara dan Hubungan Penchala. Lebuh raya ini juga dikenali sebagai Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL Barat. Ia merupakan lebuhraya tiga lorong setiap halayang dibina untuk menyuraikan pengangkutan dari jalan bandar dalaman yang sesak dan jalan perumahan sempit ke Kuala Lumpur dari subbandar barat, termasuk Petaling Jaya, Damansara, dan kawasan sekeliling. Ia merupakan salah satu lebuhraya paling sibuk semasa waktu sibuk ke dan dari pusat bandaraya.