Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal

Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal
PengarahHans Isaac
Harith Iskander
Tarikh mula16 Mac 2011
Tarikh tamat3 April 2011
LokasiIstana Budaya
SubjekKampung Boy
GenreBiografi
Kehadiran30,000 penonton
Diterbitkan olehTall Order Productions
Institut Terjemahan Negara Malaysia

Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal ialah sebuah pementasan teater Malaysia yang diadaptasi dari komik autobiografi Kampung Boy karya Lat. Teater ini dipentaskan pada 16 Mac sehingga 3 April 2011 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, ia diarahkan oleh Hans Isaac dan Harith Iskander dan dibintangi oleh Awie sebagai Lat, dan juga dibintangi oleh Jalil Hamid, Rahim Razali, Atilia Haron dan Douglas Lim. Teater ini merupakan yang pertama yang mengadaptasi dari sebuah novel grafik kepada teater muzikal.