Kamaluddin Muhamad
Keris Mas atau nama sebenarnya Kamaluddin Muhamad ialah seorang wartawan, editor, pentadbir sastera, sasterawan, dan pengkritik di Malaysia. Beliau ialah Sasterawan Negara Malaysia pertama yang telah dinobatkan pada 1981.
Beliau dilahirkan di Kampung Ketari, Bentong, Pahang pada 10 Jun 1922. Menerima pendidikan di Sekolah Melayu Bentong; Sekolah Tawalib di Sumatera iaitu sebuah sekolah menengah dengan pengantar bahasa Indonesia dan bahasa Arab. Keluarganya berharap beliau akan bekerja sebagai guru agama. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran di Kolej Kulliahtul Muallimin Al-Islamiah, Sumatera (Maktab Perguruan Islam) bagi melayakkan beliau menjadi seorang guru. Beliau juga mempelajari bahasa Belanda. Kemudian, beliau belajar di Pitman College, Singapura (1940) untuk mengambil peperiksaan matrikulasi Universiti London. Namun, pengajiannya terhalang kerana Perang Dunia Kedua meletus.
Beliau telah berkahwin dengan pasangannya, Roswita Ali dan dikurniakan 2 orang anak.
Keris Mas | |
|---|---|
| Kelahiran | Kamaluddin bin Muhamad 10 Jun 1922 |
| Meninggal dunia | 9 Mac 1992 (umur 69) |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
| Pekerjaan | wartawan editor pentadbir sastera sasterawan pengkritik |
| Tahun aktif | 1981–1992 |
| Pasangan | Roswita Ali |
| Anak-anak | 2 |