Arrow (kumpulan muzik)
Arrow | |
|---|---|
| Asal | Malaysia |
| Genre | Rock, Hard rock, Slow Rock, Balada, Blues |
| Alat muzik | Vokal Gitar Bass Dram |
| Tahun aktif | 1992–2005 |
| Syarikat rakaman | FMC Music Maheswara Musik Records (Indonesia) Musica Studio's (edaran di Indonesia) |
| Kegiatan berkaitan | EYE, Rio, Scandals, Handy Black, Strangers, G.E.T., Jump-P |
| Bekas anggota | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Kumpulan Arrow merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi rock 90-an telah diasaskan pada 16 November 1992 oleh ketua kumpulannya yang berasal dari Malaysia iaitu Bad yang juga bekas pemain bes kumpulan Scandals, Handy Black, Strangers, G.E.T. (Gabungan Empat Tenaga) dan EYE. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Semasa penubuhannya, kumpulan ini dianggotai oleh empat anggota asal yang terdiri dari Renggo (Vokal), Ayie (Gitar), Bad (ex-Handy Black - Bass) & Pies (Dram).
Kumpulan Arrow merupakan kumpulan penyanyi kedua yang menandatangani kontrak dengan Fantasia Music City atau ringkasnya FMC, iaitu selepas, Kumpulan Rio.