Kuil Sri Kandaswamy

Kuil Sri Kandaswamy

Nama: Kuil Sri Kandaswamy
Pencipta: Persatuan Ceylon Saivites Malaysia
Seni bina: Seni bina Dravidia
Lokasi: Jalan Scott,Brickfields,Kuala Lumpur
Koordinat: 3°08′01″N 101°41′36″E / 3.133694°N 101.693304°E / 3.133694; 101.693304

Sri Kandaswamy Kovil ( Melayu: Kuil Sri Kandaswamy, Tamil :கந்தசுவாமி கோவில் ) ialah sebuah kuil hindu yang terletak di Jalan Scott, Brickfields di Kuala Lumpur, Malaysia. Juga dikenal dengan nama Kuil Jalan Scott,l adalah sebuah kuil yang telah berdiri selama lebih dari 100 tahun. Kuil ini adalah salah satu kuil Tamil Sri Lanka atau Tamil Ceylon yang paling menonjol di Malaysia dan menjadi tarikan pelancongan utama di pusat bandar Kuala Lumpur. Arsitektur kuil ini terinspirasi oleh Kuil Nallur Kandaswamy di Jaffna, Sri Lanka. Ia merupakan salah satu kuil yang paling ortodoks di Malaysia di mana ritual dijalankan dengan ketat mengikut peraturan Kitab Suci Saiva Agama. Rakaman video dan fotografi adalah dilarang ketat di dalam kawasan kuil.. Peresmian kuil dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak..

Kuil ini diuruskan oleh Persatuan Ceylon Saivites Malaysia (MCSA),