Kuil Apollo (Delphi)
| Kuil Apollo di Delphi | |
|---|---|
| Info asas | |
| Lokasi | Delphi |
| Koordinat geografi | 38°28′56″N 22°30′04″E / 38.48222°N 22.50111°E |
| Agama | Helenisme |
| Kedewaan | Apollo |
| Negara | Yunani |
| Arkitek |
|
Kuil Apollo (Jawi: کوءيل اڤولو), juga dikenali sebagai Apollonion, (Yunani: Ἀπολλώνιον, rumi: Apollṓnion) merupakan bahagian utama tempat suci agama dunia Yunani yang terletak di Yunani Tengah di Delphi. Kuil dan tempat suci tersebut didedikasikan kepada salah satu dewa utama Yunani, Apollo, dewa memanah, muzik, cahaya, ramalan, seni dan penyembuhan. Terdapat beberapa buah kuil yang telah dibina di Delphi sepanjang sejarah tapak tersebut, namun runtuhan yang dapat dilihat kini ialah daripada kuil yang dibina pada abad ke-4 S.M. sebelum kemusnahannya atas perintah Theodosius I pada tahun 390 M. Pada zaman kuno, kuil ini menjadi rumah kepada tokoh peramal Yunani terkenal, Pythia, atau Takahun Delphi, menjadikan Kuil Apollo dan tempat suci di Delphi sebagai tapak agama Panhelenik yang penting seawal abad ke-8 S.M., dan kekal penting sepanjang pelbagai zaman dalam sejarah Yunani Purba. Rujukan kepada Delphi, tempat suci, kuil dan ramalan oleh Pythia sering disebut dalam mitologi Yunani purba dan catatan sejarah dari zaman penggunaannya.