Keria (kuih)

Kuih Keria
Nama alternatifKuih Gelang
JenisDonat 
Tempat asal Malaysia
Suhu penghidanganPanas atau Sejuk
Bahan utamaUbi keledek
Bahan yang biasa digunakanKeledek 
Tenaga makanan
(setiap hidangan)
90 kcal (377 kJ)
sunting ยท sunting di Wikidata

Kuih keria atau kuih gelang merupakan sejenis kuih tradisional orang Melayu yang berasaskan ubi keledek yang dilenyek dan dicampurkan dengan tepung, gula dan garam. Kuih ini dicanai dan dibentuk seperti cincin ataupun gelang tangan. Biasanya, kuih ini disaluti dengan gula mahupun cairan gula (gula cair). Kuih ini sering dijamah dan dihidang ketika sarapan dan waktu minum petang.

Nama kuih gelang digunakan di beberapa negeri Semenanjung Malaysia seperti Perak.