Kuih denderam

Denderam atau juga dikenali sebagai peniaram, peneram, genderam, derang, benderang dan genderang di pantai timur Semenanjung Malaysia,, merupakan sejenis kuih manis tradisional. Tepung beras dan gula merah merupakan bahan utama untuk membuatnya.

Kuih denderam/ peneram ini merupakan sebuah kuih masyarakat India selatan tetapi sudah menjadi popular dalam kalangan masyarakat Malaysia . Di India ia dikenali sebagai Adhirasam.