Kugiran Masdo

Kugiran Masdo
Kugiran Masdo; 2024
Maklumat latar belakang
Juga dikenali
sebagai
MASDO
GenrePop, Rock, Pop yeh yeh, Retro, Rock n roll
PekerjaanPenyanyi
Alat muzik
Tahun aktif2015 – kini
Syarikat rakamanKamar Seni Studio
Anggota semasaAli Sariah
Putuceri
Asmawi
Ambobzeela
Pautan berkaitan
Tapak sesawangwww.tokorasmimasdo.com
sunting · sunting di Wikidata

Kugiran Masdo (Jawi : كوڬيرن مسدو) merupakan sebuah kugiran yang berasal dari Malaysia. Mereka menyajikan muzik berasaskan genre pop 60-an dan digubah mengikut cita rasa masa kini .

Antara lagu yang masyhur serta menaikkan nama Kugiran Masdo ialah "Bunga", "Bercanda Di Malam Indah", "Dinda", dan "Janji Manis" yang menjadi tular di platform media sosial seperti TikTok digunakan sebagai runut bunyi video-video sana pada tahun 2021.

Kugiran ini juga telah mengeluarkan album pertama mereka iaitu Selamat Tinggal Pujaan pada November 2017 dan album kedua iaitu Jalan Abbey pada Januari 2020.