Pop yeh-yeh
| Pop yeh-yeh | |
|---|---|
| Maklumat am | |
| Nama asli | Pop yeh-yeh |
| Etimologi | She Loves You |
| Asalan gaya | Pengaruh British, R&B, Rock and roll |
| Asalan budaya | Awal 1960-an di Malaysia |
| Asal usul | Malaysia |
| Alat muzik tipikal | Gitar — Bes — Papan nada — Dram |
| Sebahagian daripada | Pop Malaysia, pop rock, Muzik Melayu |
| Latar wilayah/serantau | |
| Malaysia, Brunei, Singapura, Riau | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Pop yeh-yeh merupakan sebuah genre yang berasal dari Malaysia dan juga popular di Singapura, Brunei dan di Sumatera ketika era 1960-an. Irama pop yeh-yeh menguasai dunia muzik Melayu dari tahun 1965 hingga 1971. Pop yeh-yeh merupakan kesan pengaruh hebat daripada kumpulan British, The Beatles ke atas industri muzik Melayu zaman itu. Malah, istilah pop yeh-yeh diambil daripada judul lagu popular The Beatles, She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh.
Pop yeh-yeh boleh dikatakan sebuah genre gabungan atau fusion genre dalam bahasa Inggeris. Ia merupakan gabungan irama Melayu klasik dengan rock and roll, surf rock dan juga R&B.