Retro
| Retro | |
|---|---|
| Pengarah | Karthik Subbaraj |
| Penulis | Karthik Subbaraj |
| Dihasilkan oleh | Kaarthekeyen Santhanam Kalyan Subramanian Jyothika Suriya |
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | Shreyaas Krishna |
| Disunting oleh | Shafique Mohamed Ali |
| Muzik oleh | Santhosh Narayanan |
Syarikat penerbitan | Stone Bench Creations 2D Entertainment |
| Diedarkan oleh | Sakthi Film Factory |
Tarikh tayangan |
|
| Negara | India |
| Bahasa | Tamil |
| Pecah panggung | ₹235 crore |
Retro (dengan tagline Cinta-Tawa-Perang) ialah filem aksi romantik aksi berbahasa Tamil tahun 2025 dari India. Retro ditulis dan diarahkan oleh Karthik Subbaraj .Filem ini diterbitkan bersama oleh Stone Bench Creations dan 2D Entertainment. Ia menampilkan Suriya dan Pooja Hegde sebagai pelakon utama.Dalam filem ini, Paarivel "Paari" Kannan, seorang anak yatim yang dibesarkan oleh seorang gangster, menghadapi pengkhianatan dan sebuah kultus ganas ketika dia mencari asal-usul sejatinya, menuaikan ramalan, dan cuba bersatu semula dengan cinta yang hilang, Rukmini.
Filem ini diumumkan secara rasmi pada Mac 2024 dengan tajuk sementara Suriya 44, kerana ia merupakan filem ke-44 pelakon itu sebagai pelakon utama, bersama tagline Love, Laughter and War (Cinta, Gelak Tawa dan Perang). Tajuk rasmi filem ini diumumkan pada Disember 2024. Penggambaran utama bermula pada Jun 2024 dan selesai pada awal Oktober. Lokasi penggambaran termasuk Kepulauan Andaman dan Nicobar, Ooty, Kerala, dan Chennai. Filem ini mempunyai muzik yang digubah oleh Santhosh Narayanan, sinematografi oleh Shreyaas Krishna, dan suntingan oleh Shafique Mohamed Ali.
Retro ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 1 May 2025 semperna cuti Hari Pekerja. Retro menerima ulasan positif daripada pengkiritik, yang memuji lakonan Surya dan Hedge, separuh pertama filem serta aspek teknikalnya. Ia muncul sebagai kejayaan komersial besar, meraih kutipan sekitar ₹200–250 crore dari seluruh dunia berbanding bajet penghasilan filem ini iaitu ₹60–65 crore. Filem ini menjadi salah satu filem Tamil dengan kutipan tertinggi pada tahun 2025 dan filem dengan kutipan tertinggi dalam kerjaya lakonan Suriya.