Kuda belang

Kuda belang
Kuda loreng
Kuda belang dataran (Equus quagga)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Subgenus:
Hippotigris dan
Dolichohippus
Spesies

Equus zebra
Equus quagga
Equus grevyi
Lihat di sini untuk subspesies.

Kuda belang, kuda loreng atau zebra ialah haiwan berupa kuda terangkum dalam subgenus Hippotigris ahli keluarga Equidae yang berasal dari Afrika Tengah dan Selatan yang mana kesemua spesies dalam subgenus ini mempunyai belang menegak hitam dan putih pada bahagian hadapan dan belang sendeng ke arah bahagian belakang badan haiwan.

Kebanyakan ahli zoologi percaya bahawa belang tersebut berfungsi sebagai mekanisme penyamaran; sesetengah yang lain pula percaya bahawa ia memainkan peranan dalam interaksi sosial dan bertindak sebagai cara membezakan antara seekor dengan seekor yang lain melalui perbezaan corak belang.