Equus (genus)

Equus
Julat zaman: Awal Pleistosen hingga Kini
Kuda belang dataran
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Gray, 1821
Genus:
Equus

Linnaeus, 1758
Species

E. africanus - Keldai Liar Afrika
E. ferus - Kuda Liar
   E. ferus caballus - Kuda Jinak
E. grevyi - Kuda Belang Grevy
E. hemionus - Onager
E. kiang - Kiang
E. quagga - Kuda Belang Dataran
E. zebra - Kuda Belang Gunung

Equus merupakan genus haiwan dalam keluarga Equidae yang terdiri daripada kuda, keldai, dan kuda belang. Dalam Equidae, Equus merupakan satu-satunya genus yang wujud. Seperti Equidae secara umumnya, Equus merangkumi banyak spesies pupus yang hanya diketahui dari fosil. Rencana ini tertumpu pada spesies-spesies yang masih wujud.

Equus berasal dari bahasa Latin equus yang bermaksud "kuda", seasal dengan perkataan Yunani "ἵππος" (hippos), yang berasal dari perkataan Ionik "ἴκκος" (ikkos), "kuda", yang berasal dari Bahasa Yunani Mykenai iaitu i-qo. I-qo merupakan bentuk terawal yang diakui untuk perkataan berkenaan, dan terdapat pada tulisan suku kata Linear B.