Kucing batu

Kucing batu
Kucing batu
CITES Appendix II (CITES)
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Feliformia
Keluarga: Felidae
Subkeluarga: Felinae
Genus: Prionailurus
Spesies:
P. bengalensis
Nama binomial
Prionailurus bengalensis
(Kerr, 1792)
Taburan kucing batu, 2022

Kucing batu atau kucing kuwuk (Inggeris: leopard cat) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Asia Tenggara, subbenua India dan timur China. Nama saintifiknya Prionailurus bengalensis. Walaupun sama-sama tergolong dalam keluarga Felidae, kucing ini berlainan genus dengan kucing rumah (Felis catus); mata dan telinga kucing batu lebih besar berbanding kucing rumah, begitu juga dengan saiz keseluruhannya.