Kucing

Kucing
Julat zaman: 9,500 tahun lalu – kini
Pelbagai jenis kucing domestik
Dibelajinakkan
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Feliformia
Keluarga: Felidae
Subkeluarga: Felinae
Genus: Felis
Spesies:
F. catus
Nama binomial
Felis catus
Linnaeus, 1758
Sinonim
  • F. catus domesticus Erxleben, 1777
  • F. angorensis Gmelin, 1788
  • F. vulgaris Fischer, 1829

Kucing (Jawi: كوچيڠ) atau juga dikenali sebagai kucing bela jinak (nama saintifik: Felis catus) ialah spesies mamalia karnivor kecil yang dibela jinak. Ia dijinakkan daripada spesies Felis silvestris lybica dan telah lama Afrika apabila spesies tersebut dipelihara untuk menjaga simpanan makanan daripada tikus dan rodensia yang lain. Hari ini, kucing merupakan salah satu binatang kesayangan yang paling terkenal di dunia.

Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil sebagai "kucing baka tulen". Kucing baka tulen kurang daripada satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai "bulu panjang" dan "bulu pendek".

Pelbagai baka kucing domestik wujud — ada yang tidak berbulu ataupun berekor, dan wujud dalam pelbagai warna yang berlainan dan ada juga yang mempunyai banyak warna. Kucing ialah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih daripada seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan berkebolehan untuk menggunakan mekanisme ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia. Mereka berhubung dengan cara mengiau, mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan masih baru dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja dalam dongengan dan legenda sesetengah bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.