Kuasa (drama)

Kuasa
Genre
Pencipta
  • Syamin Yusof
  • Zahir Omar
Ditulis oleh
  • Sharmaine Othman
  • Leysha Al-Yahya
PengarahKroll Azry
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kuasa" oleh Joe Flizzow & Azlan & The Typewriter
Lagu penutup"Kuasa" oleh Joe Flizzow & Azlan & The Typewriter
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit eksekutif
Penerbit
  • Syamin Yusof
  • Geniey Majid
SinematografiZulkefli Mat Zin
Tempoh siaran40–45 minit
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asalAstro Citra
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal11 April 2022 (2022-04-11) – 30 Mei 2022 (2022-05-30)
Kronologi
MengikutiDukun Diva
Diikuti olehHisteria The Series

Kuasa: One Throne. Three Heirs. No Mercy ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Kroll Azry dengan idea asal oleh Syamin Yusof terbitan bersama Astro Shaw dan Skop Productions. Ia mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar. Dibintangi oleh Nazim Othman, Nadia Brian, Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha dan Alicia Amin, siri ini diterbitkan di bawah jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di Astro Citra bermula 11 April sehingga 30 Mei 2022 menggantikan Gossip Girl Indonesia.