Kawasan Kuantan Raya

Kuantan Raya
Konurbasi Timur
Pemandangan udara bandar raya Kuantan
Negara Malaysia
Negeri Pahang
 Terengganu
DaerahKuantan
Pekan
Kemaman
Bandar utamaKuantan
Keluasan
 • Jumlah324 km2 (125 batu persegi)
Penduduk
 (2018)
 • Jumlah522,000
 • Kepadatan1,600/km2 (4,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Kod Kawasan9

Kuantan Raya (Jawi: كوانتن راي; bahasa Inggeris: Greater Kuantan), juga dikenali sebagai Zon Metropolitan Kuantan-Kemaman dan Konurbasi Timur di dalam Rancangan Fizikal Negara, merangkumi bandar raya Kuantan, iaitu ibu negeri Pahang dan bandar-bandar satelitnya di sekitar timur laut negeri Pahang dan selatan negeri Terengganu, dengan populasi penduduk melebihi 500,000 orang. Ia merupakan kawasan metropolitan ketujuh terbesar di Malaysia.