Kampung Cina, Kuala Terengganu
| Kampung Cina, Kuala Terengganu | |||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pintu gerbang paifang Kampung Cina di hujung selatan Jalan Bandar | |||||||||||||||||
| Tulisan Cina Tradisional | 唐人坡 | ||||||||||||||||
| POJ Bahasa Hokkien | Tn̂g-lâng Pho | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
| Melayu | |||||||||||||||||
| Melayu | Kampung Cina کامڤوڠ چينا | ||||||||||||||||
Kampung Cina (Jawi: کامڤوڠ چينا; loghat Terengganu: Kapong Cine; Cina tradisional: 唐人坡; Pe̍h-ōe-jī: Tn̂g-lâng-pho) ialah sebuah Pekan Cina yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Kampung Cina berlokasi di sepanjang Jalan Bandar (dahulunya dikenali sebagai Jalan Kampung Cina), di pusat bandar Kuala Terengganu berhampiran muara Sungai Terengganu yang mengalir ke Laut China Selatan. Kampung Cina membawa maksud harfiah “Kampung Cina”; ia juga digelar Tn̂g-lâng-pho (唐人坡) atau Chinatown KT oleh penduduk setempat. Ia merupakan antara penempatan awal masyarakat Cina di Asia Tenggara serta menempatkan rumah warisan, tokong, rumah bandar dan premis perniagaan. Walaupun kecil, kawasan ini mempunyai deretan rumah kedai berwarna-warni di kedua-dua sisi jalan yang mengekalkan citarasa tradisi.
Kampung Cina Kuala Terengganu mula diasaskan oleh komuniti Cina pada penghujung abad ke-19. Dahulunya ia menjadi pusat aktiviti perdagangan yang membantu membentuk Kuala Terengganu sebagaimana hari ini. Masyarakat Cina membina rumah kedai berreka bentuk tradisional yang meniru asal-usul mereka di China.