Anjing Jindo Korea

Anjing Jindo Korea
Seekor anjing Jindo
Nama lainAnjing Jindo
Jindo Korea
Jindo
Negara asalKorea Selatan
Trait
Berat Jantan 18–23 kg (40–51 lb)
Betina 15–19 kg (33–42 lb)
Tinggi Jantan 50–55 cm (20–22 in)
Betina 45–50 cm (18–20 in)
Bulu Lapis bulu ganda sederhana panjang. Lapis bulu luar kasar, lurus, dan terpacak agak menjauh dari tubuh. Lapis bulu bawah lembut.
Warna Perang kekuning-kuningan merah, putih, hitam, hitam dan sawo matang, kelabu serigala, dan brindle. Lapis bulu bawah berwarna cerah.
Anjing (Canis lupus familiaris)
Nama Korea
Hangul
진돗개
Hanja
珍島개
Perumian SemakanJindotgae
McCune–ReischauerChintotkae
Nama alternatif
Hangul
진도견
Hanja
珍島犬
Perumian SemakanJindo-gyeon
McCune–ReischauerChindo-kyŏn

Anjing Jindo Korea, jindo Korea, anjing Jindo, atau hanya jindo ialah anjing peribumi yang asli di Pulau Jindo di Korea Selatan.

Ia merupakan salah satu Khazanah Kebangsaan Korea Selatan. Ia memiliki reputasi sebagai anjing setia dan pandai menjejaki benda. Oleh sebab status terlindungnya di dalam Korea Selatan, hanya anjing yang lahir di Pulau Jindo boleh didaftarkan secara rasmi sebagai anjing Jindo oleh Pemerintah Korea Selatan selepas pemeriksaan. Anjing ini didaftarkan sebagai baka oleh United Kennel Club pada 1 Januari 1998 dan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 2005.

Sebutan Jindo-gae juga memaksudkan istilah rasmi untuk langkah amaran yang dikeluarkan dalam sebarang peristiwa situasi ancaman setempat.