Gerakan Houthi
| Gerakan Huthi ٱلْحُوثِيُّون Ansar Allah أَنْصَار ٱللَّٰه | |
|---|---|
| Pihak bersengketa dalam konflik Arab–Israel | |
Logo khat Arab mewakili persatuan ini. Diterjemahkan kepada "Allah Maha Besar, Matilah Amerika, Matilah Israel, Laknatlah Yahudi, Kemenangan untuk Islam." | |
| Aktif | 1994–kini (bersenjata sejak 2004) |
| Ideologi |
|
| Pemimpin | * Hussein Badreddin al-Houthi † |
| Ibu pejabat | Saadah dan Sanaa, Yaman |
| Kawasan of operasi |
Yaman (termasuk sempadan Arab Saudi–Yaman) |
| Sekutu | Sekutu negara
Sekutu bukan negara |
| Opponents | Lawan negara
Non-state opponents
|
| Perang/pertempuran |
|
Pertubuhan politik militia Ansar Allah (Arab: أَنْصَار ٱللَّٰه, rumi: ʾAnṣār Allāh, lit. 'Pembela Allah') muncul dari kegabenoran Saada bandar Huth utara Yaman pada 1990-an banyak dianggotai kabilah Huthi (yakni gerakan Huthi; Arab: أَٱلْحُوثِيُّون, rumi: al-Ḥūthīyūn, bahasa Inggeris: Houthi) beraliran Syiah Zaidiyah pimpinan Hussein Badreddin al-Huthi. Mereka muncul sebagai pembangkang mencabar para penyokong bekas presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh yang ddakwa berasuah mendapat sokongan Arab Saudi dan Amerika Syarikat yang dianggap telah menggugat perbelanjaan rakyat dan kedaulatan Yaman. Gerakan ini melaungkan "Allah Maha Besar, Matilah Amerika, Matilah Israel, Laknat ke atas Yahudi, dan kemenangan untuk Islam" sejak 2006 .
Hussein dengan seberapa pengawalnya dibunuh di Saada pada 2004 oleh tentera Yaman meskipun dilarang Ali yang hanya mahunya ditangkap hidup-hidup - kejadian ini membawa kepada pemberontakan; adiknya Abdul Malik mengambil alih kepimpinan pertubuhan ini sejak itu.