Kitab Mazmur
| Tanakh (Ibrani) | |||||
|---|---|---|---|---|---|
|
|
|||||
| Perjanjian Lama (Kristian) | |||||
|
|
|||||
Perjanjian Baru
| |||||
Kitab Mazmur (disingkatkan Mazmur ; akronim Mzm. ) ialah salah satu buku bahagian Perjanjian Lama dalam Alkitab Kristian dan Tanakh (atau Alkitab Ibrani ). Dalam Perjanjian Lama, Mazmur adalah sebahagian daripada kumpulan buku puisi . Manakala dalam Bible Ibrani, buku ini adalah salah satu daripada tiga buku puisi yang dipanggil Kitab Tehillim (סֵפֶר, translit. Sefer Tehillim ) dalam kumpulan Ketuvim . Dalam Septuaginta Yunani, buku itu dipanggil " " ( Biblion Psalmoí ), yang kemudiannya diterjemahkan sebagai " Liber Psalmorum " dalam Vulgate Latin .