Kiribati

Republik Kiribati
ريڤوبليک کيريبس
Ribaberiki Kiribati
Bendera Jata
Cogan kata"Te Mauri, Te Raoi ao Te Tabomoa"
"Kesihatan, Keamanan dan Kemakmuran"
Lagu kebangsaanTeirake Kaini Kiribati
Bangkit, Kiribati
Ibu negaraTarawa
Bandar terbesarTarawa
Bahasa rasmi
Kumpulan etnik
(2000)
98.8% Micronesian
1.2% lain-lain
DemonimI-Kiribati
KerajaanRepublik berparlimen
• Presiden
Anote Tong
• Timbalan Presiden
Teima Onorio
Badan perundanganDewan Perhimpunan
Kemerdekaan
• daripada United Kingdom
12 Julai 1979
Keluasan
• Jumlah
811 km2 (313 bt2) (ke-186)
Populasi
• Perkiraan 2010
103,500 (ke-197)
• Bancian Penduduk 2010
103,500
135/km2 (349.6/sq mi) (ke-73)
KDNK (PPP)2011
• Jumlah
$599 juta
$5,721
KDNK (nominal)2011
•  Jumlah
$167 juta
$1,592
HDI (2013) 0.607
sederhana · ke-133
Mata wangDolar Kiribati
Dolar Australia
(AUD)
Zon waktu({{{time_zone}}})
Arah memandukiri
Kod panggilan+686
Kod ISO 3166KI
DPT internet.ki

Kiribati (Jawi: کيريبس atau کيريباتي, disebut: kiribati atau kiribas, IPA: /ˌkɪrɪˈbæs, -ˈbɑːti/), juga dikenali sebagai Republik Kiribati, ialah sebuah negara pulau berdaulat di tengah-tengah Lautan Teduh. Jumlah penduduk tetap di pulau ini mencecah 110,000 (2015), dan lebih daripada separuh daripadanya tinggal di Atol Tarawa. Negara ini terdiri daripada 33 buah pulau atol dan terumbu dan satu pulau atol batu karang timbul, Banaba. Jumlah keluasan ialah 800 kilometer persegi (310 bt2) dan bertaburan seluas 3.5 juta kilometer persegi di lautan (1,351,000 bt2).

Kiribati mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom pada tahun 1979. Ibu negara dan kawasan yang paling didiami, Tarawa Selatan, terdiri daripada beberapa pulau kecil yang disambung dengan tambak. Ia membentuk separuh daripada keluasan Atol Tarawa.