Anote Tong
Anote Tong | |
|---|---|
| Presiden Kiribati | |
| Menyandang jawatan 10 Julai 2003 | |
| Naib Presiden | Teima Onorio |
| Didahului oleh | Tion Otang (Pemangku) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 11 Jun 1952 Tabuaeran, Kepulauan Gilbert dan Ellice (kini Kiribati) |
| Parti politik | Pillars of Truth |
| Pasangan | Meme Tong |
| Tempat belajar | Universiti Canterbury London School of Economics |
Anote Tong (Cina ringkas: 汤安诺; pinyin: Tāng Ānnuò; lahir 11 Jun 1952) ialah seorang ahli politik I-Kiribati berketurunan Cina. Beliau merupakan Presiden Kiribati kini.
Beliau pertama kali memenangi pilihan raya presiden buat kali pertama pada Julai 2003 dengan kemajmukan tipis (47.4%) berbanding abangnya, Dr. Harry Tong (43.5%) dan Banuera Berina (9.1%). Pilihan raya ini dipertikai lawan atas alasan penipuan undi namun tuduhan itu tidak diterima mahkamah. Beliau dilantik kembali untuk penggal kedua dengan mudah pada Oktober 2007 (64% undi). Pada Januari 2012, Tong berjaya mempertahankan jawatannya untuk penggal ketiga, dan terakhirnya. Beliau cuma mendapat 42.2% undi, namun pencabar terdekatnya Tetaua Taitai pula cuma mendapat 35% undi.