Kim Se-jeong

Kim Se-jeong
김세정
Sejeong ketika membuat persembahan di SBS Radio pada 19 Mac 2020
Kelahiran
Kim Se-jeong

(1996-08-28) 28 Ogos 1996
PendidikanUniversiti Wanita Hanyang
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
Kerjaya muzik
GenreK-pop
Alat muzikVokal
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan
Nama Korea
Hangul
Perumian SemakanGim Se-jeong
McCune–ReischauerKim Se-chŏng

Kim Se-jeong (lahir 28 Ogos 1996) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Korea Selatan dibawah label rakaman Jellyfish Entertainment. Beliau menduduki tempat ke–2 di dalam rancangan Mnet, Produce 101 dan merupakan bekas ahli kumpulan wanita I.O.I, Gugudan dan kumpulan sub, Gugudan Semina. Beliau pernah menjadi hos bersama untuk rancangan aneka rakam Talents for Sale pada tahun 2016. Beliau juga telah menjadi watak utama untuk Busted! Sejak tahun 2018. Beliau juga memainkan watak utama dalam drama remaja KBS2, School 2017 dan dalam komedi romantis-misteri tahun 2019 I Wanna Hear Your Song.