Kim Jong-kook
Kim Jong-kook | |
|---|---|
김종국 | |
| Kelahiran | Kim Jong-kook 25 April 1976 Hapcheon, Korea Selatan |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik | Suara |
| Syarikat rakaman |
|
| Kegiatan berkaitan |
|
| Nama Korea | |
| Hangul | |
| Perumian Semakan | Kim Chong-guk |
| McCune–Reischauer | Gim Jong-guk |
Kim Jong-kook (lahir 25 April 1976) adalah penyanyi, penghibur, dan pelakon Korea Selatan. Kim memulakan kerjayanya sebagai anggota duo Korea Selatan Turbo pada tahun 1 September 1995. Turbo merupakan pemenang episode pertama Inkigayo pada 1 Februari 1998 dengan lagu hits mereka iaitu 'December', Duo ini dianggap sebagai salah satu idola paling popular pada masa itu dan menjual berjuta-juta album di Korea Selatan dan Asia. Setelah pembubaran duo, ia debut sebagai solo pada tahun 2001, kemudian 4 tahun sesudah itu yakni tahun 2005, Beliau dinobatkan sebagai Raja Penyanyi Korea selatan & menyapu 3 Anugerah di Stesen Tv yang utama diKorea (SBS,KBS & MBC), Beliau digelar sebagai 'Majima Samsa Daesang' yang membawa maksud ( Pemenang anugerah 3 Kali dalam setahun ) setelah Legenda penyanyi Korea Cho-Young Phil yang melalukanya pada tahun 1986, beliau juga pemenang utama Daesang SBS Entertainment 2020,hal ini menjadikan Kim Jong Kook artis kedua yang memperoleh anugerah berbeza dalam industri berlainan (Nyanyian & Hiburan) setelah Lee Hyo Ri yang melakukan hal yang sama pada tahun 2009.
Sebagai artis solo, Kim telah menerima beberapa anugerah, termasuk tiga Anugerah Disk Emas, dua Anugerah Muzik Seoul, dua Anugerah Muzik KBS, dua Anugerah Muzik SBS, dua Anugerah Muzik MBC, satu Anugerah Muzik Terbaik 10 MBC, satu Anugerah Muzik Asia Mnet, dan satu Anugerah Muzik Melon.
Selain daripada karier muziknya, Kim memantapkan dirinya sebagai penghibur, terutama melalui penyertaannya dalam pelbagai rancangan termasuk X-man, Family Outing dan mendapat populariti di seluruh dunia berikutan penyertaannya dalam Running Man.