Kevin De Bruyne
|
De Bruyne bersama Belgium di Piala Dunia 2018 | |||
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Kevin De Bruyne | ||
| Tarikh lahir | 28 Jun 1991 | ||
| Tempat lahir | Drongen, Belgium | ||
| Ketinggian | 181 cm (5 ka 11 in) | ||
| Posisi permainan | Pemain tengah | ||
| Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | S.S.C. Napoli | ||
| Nombor | 17 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 1997–1999 | KVV Drongen | ||
| 1999–2005 | Gent | ||
| 2005–2008 | Genk | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 2008–2012 | Genk | 97 | (16) |
| 2012–2014 | Chelsea | 3 | (0) |
| 2012–2013 | → Werder Bremen (pinjam) | 33 | (10) |
| 2014–2015 | VfL Wolfsburg | 51 | (13) |
| 2015–2025 | Manchester City | 240 | (64) |
| 2025– | S.S.C. Napoli | 1 | (1) |
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 2008–2009 | Belgium B18 | 7 | (1) |
| 2009 | Belgium B19 | 10 | (1) |
| 2011 | Belgium B21 | 2 | (0) |
| 2010– | Belgium | 99 | (26) |
|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 12 Ogos 2023 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 28 Mac 2023 (UTC) | |||
Kevin De Bruyne (lahir 28 Jun 1991) ialah seorang pemain bola sepak profesional Belgium yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Serie A, S.S.C. Napoli dan pasukan kebangsaan Belgium.
De Bruyne memulakan kariernya di Genk dengan menjadi pemain tetap ketika mereka memenangi Liga Pro Belgium 2010–11. Pada tahun 2012, dia menyertai kelab Inggeris, Chelsea namun dia jarang digunakan dan kemudiannya dipinjamkan ke Werder Bremen. Dia menyertai Wolfsburg dengan yuran perpindahan £18 juta pada tahun 2014 dan pada tahun 2015, dia dinamakan sebagai Pemain Bola Sepak Tahunan di Jerman. Dia kemudiannya menyertai Manchester City dengan rekod perpindahan kelab bernilai £55 juta.
De Bruyne membuat penampilan antarabangsa pertamanya pada tahun 2010 dan telah membuat lebih daripada 30 penampilan untuk Belgium. Dia merupakan sebahagian daripada skuad Belgium di Piala Dunia FIFA 2014.