Kesusasteraan Perancis
Templat:French literature
| Sebahagian dari siri mengenai |
| Budaya Perancis |
|---|
| Orang |
| Masakan |
| Perayaan |
| Seni persembahan |
| Sukan |
|
Kesusasteraan Perancis ( Perancis: littérature française) diberikan difinisi umum sebagai susastera yang ditulis khusus daripada rakyat Perancis dalam bahasa Perancis; ia juga boleh merujuk kepada kesusasteraan yang ditulis oleh orang yang tinggal di Perancis yang bercakap bahasa tradisional Perancis selain Perancis. Kesusasteraan Perancis juga ditulis oleh warga negara lain seperti Belgium, Switzerland, Kanada, Senegal, Tunisia, Algeria, Maghribi, dll.dalam bahasa Perancis dan negara- negara tersebut dirujuk sebagai kesusasteraan Francophone .
Sejak abad-abad dahulu, Orang Perancis mempunyai perasaan bangga terhadap kesusteraan Perancis yang menjadi salah satu aspek yang paling berpengaruh dalam kesusasteraan Eropah . Perancis menduduki tempat pertama dalam senarai Hadiah Nobel dalam kesusasteraan.
Salah satu kesusasteraan Perancis yang pertama diketahui ialah Song of Roland, karya pertama dalam siri puisi yang dikenali sebagai, " chansons de geste ".
Bahasa Perancis ialah bahasa Romantik yang diperolehi daripada bahasa Latin. Bahasa Celtic dan Frankish juga memberikan influensi yang ketara kepada Bahasa Perancis . Bermula pada abad ke-11, kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa Perancis pada zaman pertengahan merupakan salah satu kesusasteraan vernakular (bukan ditulis dalam Bahasa Latin) tertua di Eropah barat dan ia menjadi sumber utama tema dalam sastera pada Zaman Pertengahan di Eropah.
Walaupun penonjolan kesusasteraan Perancis dalam Eropah telah merosot disebabkan oleh kesusasteraan vernakular di Itali pada abad ke-14, kesusasteraan Perancis mengalami evolusi kreatif yang besar pada abad ke-16 , dan melalui program politik dan artistik yang dikenali sebagai Ancien Régime, kesusasteraan Perancis mendominasi alfabet Eropah pada abad ke-17.
Pada abad ke-18, Bahasa Perancis menjadi lingua franca sastera dan bahasa diplomatik di Eropah barat (di Amerika pada tahap tertentu), dan alfabet Perancis telah memberi kesan yang mendalam pada semua tradisi sastera Eropah dan Amerika pada masa yang sama. banyak dipengaruhi oleh tradisi kebangsaan yang lain ini. Afrika dan Asia Timur telah membawa Bahasa Perancis kepada budaya luar dari Eropah yang mengubah dan menambah pengalaman sastera Perancis pada masa moden.
Di bawah unggul bangsawan Ancien Régime ("honnête homme"), semangat nasionalis Perancis pasca revolusi, dan cita-cita pendidikan massa Republik yang Ketiga dan Perancis moden, Perancis telah mempunyai keterikatan budaya yang mendalam dengan warisan sastera mereka. Pada zaman ini, sekolah Perancis menekankan kajian novel, teater dan puisi (sering dipelajari dengan menggunakkan ingatan ). Seni sastera ditaja secare lumayan oleh negeri dan hadiah sastera adalah berita utama. Académie française dan Institut de France ialah institusi linguistik dan artistik yang penting di Perancis, dan televisyen Perancis menampilkan rancangan mengenai penulis dan penyair (salah satu rancangan yang paling banyak ditonton di televisyen Perancis ialah Apostrophe, rancangan bual bicara mingguan mengenai sastera dan seni). Kesusasteraan sangat penting kepada rakyat Perancis dan memainkan peranan penting dalam rasa identiti mereka.
Sehingga 2022, lima belas pengarang Perancis telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan yang lebih daripada penulis novel, penyair dan penulis esei dari mana-mana negara lain. Pada tahun 1964 Jean-Paul Sartre telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan, tetapi dia menolaknya, dengan menyatakan bahawa "Tidak sama jika saya menandatangani Jean-Paul Sartre atau jika saya menandatangani Jean-Paul Sartre, pemenang Hadiah Nobel. Seorang penulis mesti menolak untuk mengubahkan diri dan menjadi sebuah institusi, sungguhpun proses ini berlaku dalam bentuk yang paling mulia."