Sungai Brahmaputra

Brahmaputra
Luit, Dilao
Sungai Brahmaputra di Guwahati, Assam, India
Aliran Sungai Brahmaputra
EtimologiDaripada bahasa Sanskrit ब्रह्मपुत्र (brahmaputra, “putera Brahma”)
Lokasi
Negara
Kawasan berautonomiTibet
Bandar
Ciri-ciri fizikal
SumberGlasier Angsi, Manasarovar
 • lokasiHimalaya
 • koordinat30°23′N 82°0′E / 30.383°N 82.000°E / 30.383; 82.000
 • ketinggian5,210 m (17,090 ka)
MuaraGanges 
 • lokasi
Delta Ganges
 • koordinat
25°13′24″N 89°41′41″E / 25.22333°N 89.69472°E / 25.22333; 89.69472
 • ketinggian
0 m (0 ka)
Panjang3,969 km (2,466 bt).
Saiz lembangan712,035 km2 (274,918 bt2)
Aliran 
 • purata19,800 m3/s (700,000 ka3/s)
 • maksimum100,000 m3/s (3,500,000 ka3/s)
Ciri-ciri lembangan
Anak sungai 
 • kiriSungai Lhasa, Sungai Nyang, Parlung Zangbo, Sungai Lohit, Sungai Dhansiri, Sungai Kolong
 • kananSungai Kameng, Sungai Manas, Sungai Beki, Sungai Raidak, Sungai Jaldhaka, Sungai Teesta, Sungai Subansiri


Sungai Brahmaputra (/ˌbrɑːməˈptrə/), juga dikenali sebagai Yarlung Tsangpo di Tibet, Sungai Siang/Dihang di Arunachal Pradesh dan Luit serta Dilao di Assam, ialah sebatang sungai yang mengalir melalui Tibet, India dan Bangladesh. Ini ialah sungai kesembilan dengan kadar aliran terbesar dunia, dan sungai ke-15 terpanjang dunia. Kawasan hilir sungai dianggap suci oleh penganut Hinduisme. Brahmaputra bererti "putera Brahma" dalam bahasa Sanskrit.

Berasal dari kawasan Tasik Manasarovar berdekatan Gunung Kailash di utara Himalaya, iaitu Kaunti Burang di Tibet sebagai Yarlung Tsangpo, sungai ini mengalir melalui selatan Tibet ke Arunachal Pradesh. Sungai ini mengalir melalui lembah Assam sebagai Brahmaputra dan ke arah selatan melalui Bangladesh sebagai Jamuna (tidak dikelirukan dengan Sungai Yamuna di India). Di kawasan Delta Ganges, sungai ini bergabung dengan Sungai Padma, nama popular Sungai Ganges di Bangladesh, dan menjadi Sungai Meghna sebelum mengalir ke Teluk Bengal.