Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan

Unión de Naciones Suramericanas (es)
União de Nações Sul-Americanas (pt)
Unie van Zuid-Amerikaanse Naties (nl)
Union of South American Nations (en)
Kerangka
KependekanUSAN 
Jenis/bentuk sahPertubuhan antara kerajaan, pertubuhan serantau 
Keanggotaan 
Bahasa rasmi
Tapak webwww.unasursg.org 
Sejarah
Ditubuhkan23 Mei 2008 
Pengurusan
SubsidiariQ5783966, South American Council of Health, Q5783975, Q5783973, South American Energy Council, Council of South American Defense, South American Council of Social Development, Q5784026, South American Council of Education, South American Council of Culture, South American Science, Technology and Innovation Council, South American Parliament 
Lokasi
  Negara anggota penuh
  Negara pemerhati
Ibu pejabatQuito 
sunting · sunting di Wikidata

Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan (bahasa Inggeris: Union of South American Nations, Belanda: Unie van Zuid-Amerikaanse Naties, Portugis: União de Nações Sul-Americanas, Sepanyol: Unión de Naciones Suramericanas, singkatan: UNASUR dan UNASUL) ialah sebuah kesatuan supranasional dan antara kerajaan yang bakal menggabungkan dua kesatuan perdagangan serantau Amerika sedia ada, iaitu Mercosur dan Komuniti Andes, sebagai sebahagian proses integrasi Amerika Selatan yang berterusan berteraskan Kesatuan Eropah.

Perjanjian Konstitutif UNASUR ditandatangani pada 23 Mei 2008 pada Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Ketiga di Brasília, Brazil. Menurut perjanjian berkenaan, ibu pejabat Kesatuan terletak di Quito, Ecuador. Parlimen Amerika Selatan pula terletak di Cochabamba, Bolivia, sementara banknya, iaitu Bank Selatan (bahasa Inggeris: Bank of the South, Belanda: Bank van het Zuiden, Portugis: Banco do Sul, Sepanyol: Banco del Sur), terletak di Bogota, Colombia. Nama asal Kesatuan ini, iaitu Komuniti Negara-negara Amerika Selatan (bahasa Inggeris: South American Community of Nations, Belanda: Zuid-Amerikaanse Statengemeenschap, Portugis: Comunidade Sul-Americana de Nações, Sepanyol: Comunidad de Naciones Sudamericanas), atau singkatannya CSN, digugurkan pada Sidang Kemuncak Tenaga Amerika Selatan Pertama pada 16 April 2007.