Keratitis

Keratitis
PengkhususanOftalmologi
GejalaSakit mata, gangguan penglihatan, kepekaan cahaya, mata merah dan sensasi "berpasir"
KerumitanKeradangan kornea kronik, parut, ulser kornea, buta
PuncaJangkitan baketria, kulat, virus atau parasit, luka, sumber air
Pemeriksaan melalui alat lampu celahan
sunting

Keratitis ialah suatu keadaan di bahagian kornea mata, kubah yang jernih yang terdapat pada permukaan hadapan mata menjadi meradang. Keadaan ini sering ditandakan dengan kesakitan yang sederhana sehingga teruk dan kebiasaannya melibatkan mana-mana siptom yang seperti berikut, sakit mata, gangguan penglihatan, kepekaan cahaya, mata merah dan berasa sensasi "berpasir". Diagnosis keratitis yang berjangkit kebiasaannya dibuat secara klinikal berdasarkan tanda dan gejala pesakit dan pemeriksaan mata; tetapi penggeseran kornea boleh terjadi dan dinilai dengan menggunakan kultur mikrobiologi atau ujian perubatan yang lain untuk mengenal pasti patogen penyebab bagi keratitis.