Kerabat Kalākaua

Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Wangsa Kalākaua
Wangsa Kalākaua
Wangsa diraja
Jata Kerajaan Hawaii
Negara Kerajaan Hawaii
EstatesIstana ʻIolani (semayaman)
Kerabat utamaWangsa Piʻilani, Wangsa 'I-Kanaka, Wangsa Keawe
GelaranKing/ Queen of Hawaii, High Chief, Ali'i
Diasaskan1874 (1874)
PengasasKalākaua
Pemerintah terakhirLiliʻuokalani
Pembubaran1917 (1917)
Penggulingan1893 (1893) (digulingkan)
Cabang kadetWangsa Kawānanakoa, Wangsa Unauna

Wangsa Kalākaua keluarga diraja yang memerintah Kerajaan Hawaiʻi di bawah Raja Kalākaua dan adindanya Ratu Liliʻuokalani di bawah galur Keawe-a-Heulu (Keawe-a-Heulu line) belah ibunda mereka. Dedua mereka mengambil alih kuasa selepas mangkatnya Raja Lunalilo tanpa sebarang waris Wangsa Kamehameha, mengakibatkan pemilihan Kalākaua dan mencetuskan rusuhan Mahkamah Honolulu. Wangsa ini hilang kuasa setelah Liliʻuokalani digulingkan Amerika Syarikat yang menumpaskan Kerajaan Hawaii pada tahun 1893. Liliʻuokalani meninggal pada tahun 1917 hanya meninggalkan seberapa pupundanya sebagai waris.

Kerabat Kalākaua adalah keturunan ketua di pulau Hawaiʻi, Maui, dan Kauaʻi. Obor yang menyala pada tengah hari lambang wangsa ini berdasarkan pantang larang ketua besar nenda moyang Kalākaua iaitu Iwikauikaua.