Kemerdekaan Taiwan
Gerakan kemerdekaan Taiwan (Cina Ringkas: 台湾独立运动; Cina Tradisional: 臺灣獨立運動; pinyin: Táiwān dúlì yùndòng) adalah satu gerakan politik untuk menuntut kemerdekaan formal Taiwan.
Matlamat ini mula timbul hasil pertelingkahan dalan undang-undang antarabangsa akibat Perjanjian San Francisco 1952. Para pendokongnya berpendapat bahawa Empayar Jepun tidak menyatakan negara pengganti secara jelasnya apabila melepaskan semua tuntutan ke atas pulau Taiwan dan Penghu dalam perjanjian tersebut, maka kedaulatan sebenar kedua-dua wilayah ini harus ditentukan oleh warga Taiwan melalui penentuan nasib sendiri dan referendum yang dibuat di negara tersebut.