Keluang Man (filem)

Keluang Man
PengarahAnwari Ashraf
Penulis
  • Anwari Ashraf
  • Roshfaizal Ariffin
  • Luqman Sheikh Ghazali
BerdasarkanKeluang Man oleh
Allahyarham Kamn Ismail
Dihasilkan oleh
  • Anwari Ashraf
  • Raja Jastina Raja Arshad (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiZulkifli Zain
Disunting olehIrwan Ahmad
Muzik olehAndrew Bong
Syarikat
penerbitan
Pasal Productions
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
29 Mei 2025 (Malaysia)
Masa tayangan
131 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 13 juta
Pecah panggungRM 3.86 juta

Keluang Man ialah sebuah filem aksi komedi adiwira Malaysia berdasarkan siri animasi bernama sama yang disiarkan di saluran TV1 pada 1998 sehingga 2005, diterbitkan dan diedarkan oleh Astro Shaw. Filem ini ditayangkan di pawagam dalam Malaysia pada 29 Mei 2025. Filem ini diarahkan oleh pengarah Anwari Ashraf yang turut menjadi penulis skrip, dan Raja Jastina Arshad sebagai penerbit eksekutif. Nas-T memainkan watak utama sebagai Keluang Man, manakala pelakon-pelakon lain seperti Rosyam Nor, Remy Ishak dan Anwaar Beg Moghal turut menyertai barisan pelakon.

Keluang Man ialah inspirasi daripada siri animasi yang diilhamkan oleh Kamn Ismail dengan kerjasama pengasas dan pemilik UAS Animation, Natashah Md Noor. Siri animasi tersebut telah disiarkan sebanyak tujuh musim dengan lebih 140 episod. Ia mengisahkan seorang pesakit di hospital psikiatri, iaitu Borhan, bertukar wajah menjadi adiwira sebagai Keluang Man dalam membanteras jenayah.