Kelicap

Nectariniidae
Aethopyga siparaja
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Nectariniidae

Vigors, 1825
Genus

15, lihat teks

Kelicap (Jawi: کليچڤ) ialah sejenis burung kecil dalam keluarga Nectariniidae daripada order Passeriformes. Terdapat 132 spesies burung ini dalam 15 genus. Spesies-spesies dalam keluarga ini bertaburan di seluruh Afrika, subbenua India, Asia Tenggara dan hampir utara Australia.

Nama keluarga ini diberikan daripada nama genus Nectarinia, kerana banyak burungnya makan nektar. Tetapi, ada juga spesies-spesies burung keluarga ini yang turut memakan serangga dan labah-labah, terutamanya semasa memberi makan anak. Buah juga menjadi sebahagian diet sesetengah spesies. Pemakanan daripada bunga dan buah pokok semua spesies membantu pendebungaan di habitat masing-masing.