Anjing pemburu firaun |
| Nama lain | Kelb tal-fenek |
|---|
| Negara asal | Malta |
|---|
|
| Tinggi |
Jantan |
56–64 cm (22–25 in) |
|---|
|
Betina |
53–61 cm (21–24 in) |
|---|
|
|
| Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pemburu firaun, anjing firaun, atau kelb tal-fenek ialah satu baka anjing pemburu Malta. Anjing ini digunakan secara tradisional untuk memburu arnab di rupa bumi berbatu di kepulauan itu; nama bahasa Malta-nya memaksudkan "anjing arnab".
Ia dikelaskan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa dalam kumpulan "spits dan primitif"-nya dan menunjukkan keserupaan dengan baka-baka Laut Tengah lain dalam kumpulan itu seperti cirneco Etna, podenco Andalusia, pondenco Canaria, podenco Ibiza, dan podengo Portugis. Ia merupakan satu-satu baka anjing Malta dengan pengiktirafan antarabangsa.