Kelayakan Piala Asia AFC 2027

Kelayakan Piala Asia AFC 2027
Perincian kejohanan
Tarikh12 Oktober 2023 – 31 Mac 2026
Pasukan47 (dari 1 konfederasi)
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan157
Jaringan gol453 (2.89 per perlawanan)
Kehadiran2,529,349 (16,111 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Almoez Ali
Son Heung-min
(Masing-masing 7 gol)
2023
2031
Semua statistik tepat pada 10 Jun 2025.

Kelayakan Piala Asia AFC 2027 adalah proses kelayakan yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menentukan pasukan yang mengambil bahagian dalam Piala Asia 2027, edisi ke-19 kejohanan bola sepak antarabangsa lelaki Asia. Sejak 2019, kejohanan akhir Piala Asia ditandingi oleh 24 pasukan, yang telah diperluaskan dari format 16 pasukan yang digunakan dari tahun 2004 hingga 2015.

Proses kelayakan melibatkan empat pusingan, di mana dua yang pertama berfungsi sebagai Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 untuk pasukan Asia.