Kelayakan Kejohanan Remaja B-16 AFC 2020

Kelayakan Kejohanan Remaja B-16 AFC 2020
Perincian kejohanan
Negara-negara tuan rumah Jordan
 Uzbekistan
 Iran
 Arab Saudi
 Qatar
 Kyrgyzstan
 Indonesia
 Vietnam
 Singapura
 Laos
 Myanmar
Tarikh14 September–22 September 2019
Pasukan47 (dari 1 konfederasi)
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan78
Jaringan gol386 (4.95 per perlawanan)
Kehadiran60,423 (775 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Abdulfatohi Khudoidodzoda (8 gol)
2018
2023

Kelayakan Kejohanan Remaja B-16 AFC 2020 adalah pusingan kelayakan untuk Kejohanan Remaja B-16 AFC 2020. Kejohanan ini adalah merupakan edisi ke-19 Kejohanan Remaja B-16 AFC, sebuah kejohanan bola sepak remaja antarabangsa yang dianjurkan dua tahun sekali oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi pasukan remaja lelaki bawah-16 kebangsaan Asia.

Sebanyak 16 pasukan akan bermain dalam kejohanan akhir, termasuk Bahrain yang layak secara automatik sebagai tuan rumah. Tuan rumah walaupun sudah layak secara automatik, mereka juga akan bertanding di peringkat kelayakan.