Kek batik

Kek Batik
Kek batik
JenisKuih
Jenis sajianPencuci mulut
Tempat asal Malaysia
Kawasan/rantauAsia Tenggara
Masakan berkaitanMalaysia, Singapura dan Brunei
Bahan utamaBiskut Marie yang dihancurkan, Milo, serbuk koko, telur, mentega/marjerin dan susu pekat
sunting · sunting di Wikidata

Kek batik (Jawi: كيك باتيق) adalah sejenis pencuci mulut beku Malaysia yang tidak dikukus. Kek tersebut dibuat dengan mencampur biskut Marie yang dihancurkan yang dikacau dengan sirap coklat atau kastard yang terbuat dari telur, mentega/marjerin, susu pekat, serbuk Milo dan serbuk koko. Kek tersebut disajikan saat perayaan khusus seperti Aidilfitri dan Krismas.