Kejohanan Remaja B-19 UEFA 2020
| 2020 UEFA European Under-19 Championship | |
|---|---|
| Perincian kejohanan | |
| Negara tuan rumah | Ireland Utara |
| Tarikh | Mac 2021 (dibatalkan) |
| Pasukan | 8 (dari 1 konfederasi) |
| Tempat | 4 (di 1 bandar) |
← 2019 2021 → | |
Kejohanan Remaja B-19 UEFA 2020 (juga dikenali sebagai UEFA Bawah-19 Euro 2020) akan menjadi edisi ke-19 Kejohanan Remaja B-19 UEFA (edisi ke-69 jika era Remaja Bawah-18 dimasukkan), sebuah kejohanan bola sepak belia antarabangsa tahunan yang dianjurkan oleh UEFA untuk pasukan lelaki bawah 19 tahun negara Eropah. Disebabkan oleh pandemik COVID-19, kejohanan pada mulanya ditunda, dijadualkan semula dan dibatalkan pada Oktober 2020.
Ireland Utara, di mana kali terakhir menjadi tuan rumah kejohanan adalah di tahun 2005, dipilih sebagai tuan rumah oleh UEFA pada 9 Disember 2016.
Seperti edisi sebelumnya yang diadakan pada tahun-tahun bernombor genap, kejohanan ini dijadualkan sebagai kelayakan UEFA untuk Piala Dunia B-20 FIFA. Lima pasukan teratas kejohanan akan layak ke Piala Dunia B-20 FIFA 2021 di Indonesia sebagai wakil UEFA. Berikutan pembatalan kejohanan, UEFA sebaliknya mencalonkan lima negara teratas dalam kedudukan pekali pusingan kelayakan.