Piala Dunia B-20 FIFA 2021

Piala Dunia B-20 FIFA 2021
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Indonesia
Tarikh20 Mei – 11 Jun
Pasukan24 (dijangka) (dari 6 konfederasi)
2019
2023

Piala Dunia B-20 FIFA 2021 akan menjadi edisi ke-23 Piala Dunia B-20 FIFA, sebuah kejohanan bola sepak remaja dwitahunan yang dipertandingkan oleh pasukan kebangsaan bawah 20 tahun anggota persatuan FIFA, sejak penubuhannya pada 1977 sebagai Kejohanan Piala Dunia Remaja FIFA. Ia akan dihoskan oleh Indonesia antara 20 Mei dan 11 Jun 2021, yang akan menjadi kali pertama Indonesia menganjurkan kejohanan FIFA.

Sebanyak 24 pasukan daripada 6 konfederasi akan bersaing dalam kejohanan itu. Ukraine adalah juara bertahan.