Kejohanan Remaja B-19 UEFA 2017

Kejohanan Remaja B-19 UEFA 2017
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Georgia (negara)
Tarikh2–15 Julai 2017
Pasukan8 (dari 1 konfederasi)
Tempat4 (di 4 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara England (Kejuaraan Ke-10)
Naib Juara Portugal
Separuh Akhir Belanda
 Republik Czech
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan15
Jaringan gol39 (2.6 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Ben Brereton
Ryan Sessegnon
Joël Piroe
Viktor Gyökeres (Masing-masing 3 gol)
2016
2018

Kejohanan Remaja B-19 UEFA 2017 akan menjadi edisi ke-16 Kejohanan Remaja B-19 UEFA (edisi ke-66 jika era Remaja Bawah-18 dimasukkan), sebuah kejohanan bola sepak belia antarabangsa tahunan yang dianjurkan oleh UEFA untuk pasukan lelaki bawah 19 tahun negara Eropah. Georgia, yang telah dipilih oleh UEFA pada 26 Januari 2015, akan menjadi tuan rumah kejohanan ini.

Sebanyak lapan pasukan akan bermain dalam kejohanan itu, dengan pemain yang lahir pada atau selepas 1 Januari 1998 layak untuk mengambil bahagian.