Kejohanan Remaja B-19 UEFA 2016

Kejohanan Remaja B-19 UEFA 2016
U-19-Fußball-Europameisterschaft 2016
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Jerman
Tarikh11 Julai – 24 Julai 2016
Pasukan8 (dari 1 konfederasi)
Tempat10 (di 9 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Perancis (Kejuaraan Ke-8)
Naib Juara Itali
Separuh Akhir England
 Portugal
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan16
Jaringan gol55 (3.44 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Kévin Augustin
(6 gol)
← 2015
2017

Kejohanan Remaja B-19 UEFA 2016 akan menjadi edisi ke-15 Kejohanan Remaja B-19 UEFA (edisi ke-65 jika era Remaja Bawah-18 dimasukkan), sebuah kejohanan bola sepak belia antarabangsa tahunan yang dianjurkan oleh UEFA untuk pasukan lelaki bawah 19 tahun negara Eropah. Jerman, yang telah dipilih oleh UEFA pada 20 Mac 2012, akan menjadi tuan rumah kejohanan.

Sebanyak lapan pasukan akan bermain dalam kejohanan itu, dengan pemain yang lahir pada atau selepas 1 Januari 1997 layak untuk mengambil bahagian.

Sama seperti edisi sebelumnya diadakan pada tahun-tahun genap, kejohanan ini bertindak sebagai kelayakan UEFA untuk Piala Dunia B-20 FIFA. Lima pasukan kejohanan ini akan layak ke Piala Dunia B-20 FIFA 2017 di Korea Selatan sebagai wakil UEFA. Ini telah berkurangan daripada enam pasukan sebelumnya, kerana FIFA telah memutuskan untuk memberi satu daripada slot asalnya untuk UEFA dikhaskan kepada Konfederasi Bola Sepak Oceania bermula dari 2017.