Kejohanan Remaja B-19 AFC 2018

Kejohanan Remaja B-19 AFC 2018
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Indonesia
Tarikh18 Oktober – 4 November 2018
Pasukan16 (dari 1 konfederasi)
Tempat3 (di 3 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Arab Saudi (Kejuaraan Ke-3)
Naib Juara Korea Selatan
Separuh Akhir Jepun
 Qatar
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan31
Jaringan gol117 (3.77 per perlawanan)
Kehadiran175,004 (5,645 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Abdulrasheed Umaru (7 gol)
Pemain terbaik Turki Al-Ammar
Anugerah Permainan Bersih Arab Saudi
2016
2020

Kejohanan Remaja B-19 AFC 2018 akan menjadi edisi ke-40 Kejohanan Remaja B-19 AFC, kejohanan bola sepak belia yang dianjurkan dua tahun sekali oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) bagi pemain-pemain pasukan kebangsaan di bawah umur 19 tahun daripada ahli persatuan mereka.Ia akan dimainkan di Indonesia, yang dilantik sebagai tuan rumah oleh AFC pada 25 Julai 2017, antara 18 Oktober dan 4 November 2018. Sebanyak 16 pasukan akan dimainkan dalam kejohanan itu.

Empat pasukan teratas kejohanan itu layak ke Piala Dunia B-20 FIFA 2019 di Poland sebagai wakil AFC. Arab Saudi memenangi gelaran ketiga mereka, dan layak bersama naib juara Korea Selatan dan peserta separuh akhir Qatar dan Jepun, yang merupakan juara bertahan tetapi disingkirkan oleh Arab Saudi.